Perutusan CEO


PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (C.E.O)

          Selamat datang ke dunia perniagaan Nova Babylon Sdn. Bhd. Di atas gabungan tenaga dan pengalaman pihak pengurusan yang terbaik dari pelbagai latar belakang terutamanya dalam dunia networking dan jualan langsung maka tertubuhlah syarikat ini.


          Nova Babylon Sdn Bhd telah berjaya menguasai pasaran di dalam negara dan akan mengorak langkah dengan melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa. Dengan berbekalkan pengalaman yang luas dan kepakaran dalam bidang pemasaran serta pengurusan perniagaan menjadikan sebuah syarikat yang gah di mata dunia.


          Selain menghasilkan produk pemakanan sunnah yang berasaskan madu kelulut, sarang burung walit, dan herba-herba tempatan, syarikat ini juga begitu komited terhadap kualiti pengurusan. Oleh itu, syarikat sedang berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan ISO 9001-2015 sekaligus menjadikan Nova Babylon Sdn. Bhd. setanding dengan kualiti pengurusan syarikat antarabangsa yang lain.


          Peluang perniagaan yang disediakan oleh Nova Babylon Sdn. Bhd. untuk pemimpin dan usahawan meningkatkan kualiti hidup dan mencapai transformasi diri dan perubahan dalam revolusi minda dengan bertujuan untuk merealisasikan impian anda untuk menjadi pemimpin yang terhebat di dalam dunia networking.


          Akhir kata dari saya, dengan visi dan misi untuk melahirkan para jutawan yang bertaqwa dan berkualiti bagi menaikkan martabat masyarakat Malaysia, bersamalah kita mengubah kehidupan dengan menjadi usahawan dan jutawan yang terbilang di dalam Nova Babylon Sdn. Bhd.


Sekian, terima kasih.


Mohd Faizzal Chai Abdullah
(CEO & Pengasas Nova Babylon Sdn Bhd)
Berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri MLM